Seutas kata


Assalamualaikum ,

Pertama sekali alhamdulillah kehadrat allah s.w.t kerana telah terikatlah hubungan sebagai suami isteri
pada hari ini 11hb.Desember.2004.Di sini kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang telah secara lansung atau tidak untuk menjayakan majlis perkahwinan kami dengan meriahnya.

Kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang bersusah payah datang dari jauh untuk menghadirkan diri,kami sungguh berterima kasih dan berbahagia dengan kehadiran anda semua.Semoga allah sahaja yang bisa membalas segala sumbangan anda untuk hadir di majlis kami itu.

Kami sajikan galeri kenangan di laman web ini untuk mereka yang tidak dapat hadir pada hari tersebut dan untuk tatapan mereka yang hadir pada hari persandingan kami.Semoga kenangan ini kekal keakhir waktu dengan berkat doa anda semua.

Sekian terima kasih...

Ikhlas dari kami sekeluarga